The Journey

Setiap Manusia ada Kisah Kemanusiaan.

Seorang budak lelaki berusia 24 tahun melihat keluar dari tingkap basnya menjerit …

“Ayah, lihatlah pokok-pokok itu pergi ke belakang!”
Si Ayah tersenyum dan pasangan muda yang duduk berdekatan, memandang tingkah laku kebudak-budakan lelaki berusia 24 tahun itu dengan kasihan, tiba-tiba dia sekali lagi berseru …

“Ayah, lihatlah awan itu berjalan dengan kita!”

Pasangan itu tidak dapat menahan rasa dan berkata kepada lelaki tua itu …

“Mengapa pakcik tidak membawa anak lelaki pakcik kepada doktor yang bagus?”

Lelaki tua itu tersenyum dan berkata … “Pakcik telah lakukannya dan kami baru pulang dari hospital mata, anak saya buta sejak lahir, dia baru saja mendapat mata dan melihat.”

Pasangan itu tunduk tersipu- sipu malu.
“Maafkan kami pakcik, kami tidak tahu!” sambil air mata mereka bergenang.

“Oh tidak mengapa nak! Pakcik faham dan Pakcik bersyukur kamu mengambil berat! “

Setiap orang di bumi ini mempunyai kisah kemanusiaannya. Janganlah bersangka buruk dan menghukum seorang manusia sebelum kamu mengenali mereka.

Kebenaran mungkin mengejutkan kamu!

Leave a Comment