CERTOT SAMPAH

Kiah sedang berjalan, lalu ternampak seorang budak tengah membuang sampah di jalanraya. Tiba-tiba datang alien memakan sampah tersebut lalu bertukar jadi supermonster yang menghembuskan bakteria dan virus. Budak itu bertempiaran lari lintang pukang dan menjerit-jerit meminta pertolongan dari semua superhero.

“Oiiii Spiderman ! Superman ! Batman! Ultraman! Cicakman…!
Tolong kami ada supermonster!”

Krik..krik.. krik….

Kiah dan seluruh penduduk bumi menunggu superhero datang namun sepi.

Supermonster kian mengamuk! habis seluruh jalanraya dicemari kekotoran. Dalam rumah pun dah dipenuhi sampah hingga “ketua keluarga” selalu kena kacau dengan ” Minister of of Home Affair” untuk pegi pasaraya beli plastik sampah dan buang sampah ke tong besar di luar ”

Geramm “Ketua keluarga” . Nak menghayati movie Superman vs Batman : Dawn of Justice dan Justice Legue pun susah!

Kiah tengok je gelagat mereka sambil geleng kepala. Kiah pun telefon sahabat baiknya Kapten Neo, adiwira nusantara kononnya…Dia kan hero kemanusiaan dan kasih sayang!

” Beep… Beep…nombor yang anda panggil tiada dalam perkhidmatan … Ni confirm Kapten Neo main Face time. Ntah awek mana dia nak ngorat tu…! getus Kiah dalam hati.

“Kapten! Kapten! Tolong kami ada supermonster, nanti saya hantar location”

Kapten Neo pun bertanya “Nak aku tolong ke?” facetime Kapten Neo ke Kiah sambil tunjuk basuh mangkuk lepas makan maggi . (Maklumlah jaga bajet xde job!)

“Hhmmmm….Tak payahla! lambat sangat superhero2 tu datang, baik aku sapu je. Senang je ni. ” Jerit Kiah sambil menyapu sampah- sampah yang bertaburan.

“Maaf bebanyak Kiah! Patutla superhero-superhero tu tak datang Kiah oi….” Kan Semua kena arahan duduk rumah. Stay at Home! termasuk akula tak boleh keluar bantu korang!”

Kiah terkejut beruk!

“Aik! Oklah, korang ni superhero tak boleh harap! harap badan je sado! harap fan je ramai! tapi….dengan virus sebesar nanopartikel pun takut! “

“…Duduk jela sampai buncit kat rumah tu! nasib aku ni robot gabungan Kecerdasan Buatan (A.I) dan Realiti Bertambah (A.R) ciptaan Prof. Nano. Bolehla aku sambung menyapu sampah semua ni haaa…”

“…lagipun, virus dan bakteria takde effect kat aku kan! aku kan besi! ” …sambil Kiah membebel-bebel dalam auto mode face time ( macam cite knight rider tp ni versi video)

” Bagus! nasib ada kau! Terbaiklah Kiah! ” balas Kapten Neo sambil mencebik.

Kapten Neo pun merasa bosan sebab tak dapat lawan supermonster dan sambung menulis buku ceritanya yang belum siap di rumah. Ada ke orang nak beli buku cite ni?? bisik hati kecil Kapten Neo sambil tengok bekalan maggi yang makin sedikit…

notakaki saspen: Siapakah Kiah? tungguuuu…..

Leave a Comment