CERTOT TELUR

“Kiah…jomla beborak, boring ni!!!” Kapten Neo whatapps call di telefon. “Bila boleh beborak, asik menyapu di jalanan je keje ko ni!” banyak kali aku miss call.
“Errr…Sabar la, Kapten. Kiah sibuk ni, ada masa nanti, kita borak la” balas Kiah.
“Aku ni bosan dok rumah sesorang. Tak leh keluar amik job tolong orang. Dah tak tau nak buat apa ni. Superman & Ultraman asik call je mintak pinjam duit…
“Cicak Man tu…asik cak..cak..cak je kat aku dari atas bumbung. Tensen aku! Aku pun makan maggi je ni.” adu Kapten Neo.
“Sabar jela. Kapten rehat “Stay at Home”. Dulu kan Kapten sibuk kerja, selalu jarang balik rumah kan. Asik terbang sana sini.Sekarang ni duduk jela rumah tu kemas apa yang patut…” balas Kiah.
“Errrr…Kiah boleh pinjam duit sikit tak? Nak beli telur la. Dah habis. Maggi aku tak lengkap kalau takde telur”
“Kalau nak telur, Nanti Kiah pinjamkan telur. Tak payah la pinjam duit” “Laaa…Kenapa tak cakap. Banyak ke telur yang Kiah ada?
Banyak ke tidak tak tahu la.Tapi kena sabar la”
“Kenapa nak kena sabar pulak?”
“Sabar la. Telur tu masih dalam perut ayam tu. Nanti kalau dia keluarkan telur tu ambik la!”
“Kiah oiii…Cakap la bagi pinjam ayam!!”

Leave a Comment