CERTOT ROTI

 
“Kiah, malam tadi aku bermimpi ada seorang puteri bunian berbaju putih datang jumpa aku, dia suruh aku panggil dia Suri”
“Eh, Pelik jugak mimpi Kapten. Apa Suri tu nak dari Kapten?”
“Dia ajarkan aku satu teknik. Dan dia suruh amalkan teknik tu selalu”
“Heh! Kapten ni. Dia nak bagi nombor ke atau nak uji Kapten agaknya. Apa sebab dia suruh Kapten guna teknik tu?”
“Puteri tu cakap, kalau nak kaya. Guna teknik tu, tapi lepas kaya jangan lupa diri”
“Macam menarik tu. Tapi aku robot, tak perlu duit, cuba Kapten ajar pada kengkawan superhero yang lain, cuba ajar kat Cicak Man atas bumbung tu. Ajar jugak kat Superman dan Ultraman yang asik call nak pinjam duit Kapten tu.”
“Senang je Kiah. beli je kaya kat kedai.. lawak tak? ” hahaha gelak Kapten.
“Eh, Kapten ni buat lawak bodo pulak! abis tu kaya tu nak beli makan dengan apa?
” Err.. makan dengan roti la…pinjam duit Kiah, nak beli roti gardenia makan dengan kaya! maggi dan telur di rumah kan dah abis!
” Boleh je, tapi Kapten tak tau ke?”
“Tau ape Kiah?”
” Roti gardenia kan dah abis stok masa PKP ni!”
“Cis tak berjaya lagi teknik aku nk pinjam duit Kiah!” bisik Kapten Neo sorang-sorang.

 

Recent Comments

Leave a Comment