CERTOT NANO

Setiap tahun, Batman selalu bawak geprennya Prof. Nano ke ‘funfair’, dan setiap tahun dia akan kata, “Nano, U tahu kan I suka naik roller coaster! Jom naik?”

Namun setiap tahun pula Nano yang suka berjimat cermat tu akan sentiasa bagi alasan…

” …Sayang, I bukan tak suka, tapi naik ‘rollercoaster’ tu mahal sangat 50 ringgit sekali naik. 50 ringgit tu 50 ringgit yang amat bernilai tau! Saya tau awak kaya tapi belajar la jimat cermat sikit! ”

Tahun 2020 ini, sekali lagi mereka pergi ke ‘funfair’, dan Batman nekad pujuk Nano sekali lagi, ” Darling! U tahu kan tahun 2020 ni I dah berusia 81 tahun. Jika I tak naik ‘rollercoaster’ tu tahun ini, I mungkin tak dapat peluang lain lagi…kesianla kat I”

Seperti tahun-tahun sebelumnya sekali lagi Nano yang tegas tu jawab, ” Sayang, I bukan tak suka, tapi naik ‘rollercoaster’ tu mahal sangat 50 ringgit sekali naik. 50 ringgit tu 50 ringgit yang amat bernilai terutama masa PKP ni tau!”

Kali ini, Kapten Neo yang baru dapat keje buat part time jadi pilot ‘rollercoaster’ tapi tengah boring sebab takde ‘customer’ masa PKP ni terdengar perbualan couple sweet tu.

” Salam, err…atok dan cik kak, boleh saya tolong? Saya bole bawak atok dan cik kak naik roller coaster hari ni, tapi dengan syarat atok dan cik kak kena relax dan bertenang sampai abis ‘ride’ ni tau!”

“…Jika atok dan cik kak berjaya duduk diam-diam dan tak sebut satu perkataan pun, saya takkan caj ape2 bayaran, Free!”

“…Tapi kalau atok atau cik kak sebut atau jerit satu perkataan pun, tetap kena bayar 50 ringgit eh? Setuju? ”

Batman dan Nano terus setuju dan naik ke ‘rollercoaster’ mereka. Sebagai pilot, Kapten Neo melakukan pelbagai jenis gerakan ‘rollercoaster’ agar menghiburkan pasangan Batman tua dan kekasih mudanya Nano, tetapi yang peliknya tidak ada satu pun perkataan yang keluar dari mulut Batman atau Nano.

Kapten Neo terus melakukan trik ‘roller coaster’ yg lebih mencabar berulang-ulang, tetapi masih krik..krik..krik sunyi takde satu pun kata keluar dari mulut Batman dan Nano.

Dorang ni tak nak jerit seronok ke? Pelik juga ni!
Akhirnya, Kapten Neo pun fed-up dan stop.

Kapten Neo pergi kat Batman, “Wow!! Saya betul-betul respect atok dan cik kak ni, tak pernah saya jumpa orang naik ‘rollercoaster’ ni tak jerit…”

“…Sesungguhnya, saya dah try sedaya upaya buat awak berdua untuk jerit keseronokan, tetapi masih gagal. Saya respekla! ” sambil Kapten Neo buat tabik hormat kat Batman.

Dengan selamba Batman jawab…

“…Sebenarnya Dik, jujur ​​atok hampir nak cakap sesuatu tadi seperti ‘Help! Help!’ ketika Cik Kak tu TERCAMPAK keluar masa roller coaster pusing lipat maut tadi!

“…Tapi, tiba- tiba atok teringat nasihat cik kak tu setiap tahun! 50 ringgit itu 50 ringgit yang amat bernilai terutama masa PKP ni!”

Nasib baik Kiah sempat selamatkan Nano yg tercampak keluar dari roller coaster tadi dengan tadah Nano landing dengan lori sampahnya…Ish… Ish…Ish, nyaris tak accident!

Leave a Comment