CERTOT APAM

Kiah : “Kapten! Kapten! Stop-Stop tak nak main kejar- kejar lagi! ”

Kapten Neo : “Awak tu berat sape suruh kejar saiya yang sado ni… ”

“…Errr ok,ok, maaf ye nanti saiya ganti balik duit awak dalam tabung tu!” …Sape suruh awak tuduh Kapten ni sampah masyarakat! ”

Kiah : “Eh?…bila pulak saiya tuduh Kapten sampah masyarakat??”

Kapten Neo : “Ada! awak lupa lettew!”

Kiah : ” Larr…Saiya ckp haritu kawan-kawan Kapten…Si Spiderman, Si Hulk, Si Iron Man dan Si Captain America tu… nak jadi sampah masyarakat ke. ”

“…Asik lepak makan free 24 jam kat rumah Kapten, tapi malas nak tolong kemas rumah! ”

“…Gerammm saiya tengok! Baju pun tak basuh- basuh. Saiya collect buang kat tapak pelupusan sampah baru tau!”

Kapten Neo : ” Oklah, sorry for the misunderstanding. Saiya pun da penat dan lapar ni nak makan apam comel Abla Dessert versi Avengers!”

Kiah : ” Hah! tu mana plak dapat duit beli apam? “Taula Kiah ni robot sweeper tak leh makan sedap- sedap!

Kapten Neo : ” Sedar diri pun! Saiya jumpa duit dalam bakul sampah tepi almari tu”

Kiah ” Itu bukan bakul sampah lar! Itu kan dompet saiyaaaaaaa!!!!!….”

Kiah terus bertukar jadi mesin rumput supaya lebih laju…Adegan kejar mengejar pun bermula semula dengan lebih agresif!

Leave a Comment